Tatabahasa

Klik Link Untuk Nota:
Nota Bahasa

Rumusan dan Pemahaman

NOTA TATABAHASA



Kata Ganti Diri ialah kata yang digunakan sebagai ganti nama manusia.
Kata "kami" bererti saya dengan dia apabila bercakap dengan orang kedua "kita" bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan.
Contoh:

"Kami tidak harus mengalah sebelum pertandingan bermula,"kata Jalil kepada Ismail. (salah)
"Kita tidak harus mengalah sebelum pertandingan bermula," kata Jalil kepada Ismail. (betul)
3. Kata "dia", "ia" dan "mereka" TIDAK BOLEH digunakan untuk bnatang atau tempat.

Contoh:

Monyet itu jinak. Ia melompat kegirangan. (salah)
Moyet itu jinak. Monyet itu melompat kegirangan. (betul)
4. Kata "beliau" TIDAK BOLEH digunakan untuk binatang atau orang yang tidak dihirmati.

Contoh:

Beliau ditangkap oleh polis kerana membunuh. (salah)
Dia atau ia ditangkap oleh polis kerana membunuh. (betul)
5. Kata "ianya" TIDAK BOLEH digunakan sama sekali.

Contoh:

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Amerika. (salah)
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Amerika. (betul)